suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bale Bantu Spurs Ke Tangga Ke-3 Liga

Gareth Bale
Gareth Bale
Gareth Bale

PENYERANG Tottenham Hotspurs,Gareth Bale telah membantu membawa pasukannya mara ke tangga ketiga liga selepas meraih kemenangan 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham awal pagi Selasa.

Bale yang membuka jaringan seawal minit ke-13 meletakkan pasukannya di depan sebelum Andy Carroll menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-25.

Pada minit ke-58, pemain West Ham United, Joe Cole meletakkan pasukannya di depan, namun Spurs menyamakan kedudukan hasil jaringan Gylfi Sigurdsson pada minit ke-76.

Ketika perlawanan berbaki beberapa minit sebelum tamat, Bale sekali menyumbat gol kemenanga pada minit ke-90.

Spurs kini mengutip 51 mata, dua mata meninggalkan Chelsea untuk berada di tangga ketiga.

SENARAI PEMAIN:

West Ham United: Jaaskelainen, Reid, Nolan, Jarvis, Carroll, O'Brien, Collins, Demel, Diame, J.Cole, O'Neil (simpanan) : C.Cole, Collison, Vaz Te, Taylor, Pogatetz, Chamakh, Spiegel

Tottenham: Lloris, Vertonghen, Lennon, Parker, Adebayor, Bale, Dembele, Dawson, Holtby, Walker, Caulker.(simpanan) Gallas, Naughton, Sigurdsson, Friedel, Livermore, Assou-Ekotto, Carroll

Artikel Lain