Isu Bayaran Tebus Mat Yo Selesai Sejak November Lepas - FAM

PETALING JAYA: Isu bayaran penebusan kontrak bekas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang berhijrah ke pasukan Johor Darul Takzim FC musim ini, telah selesai sejak 20 November lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata ini berikutan pemain berusia 26 tahun itu telah pun menjelaskan bayaran penebusan kontrak itu seperti yang dituntut Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Beliau berkata berdasarkan rekod FAM, Norshahrul telah dua kali melunaskan bayaran penebusan kontrak kepada KAFA berjumlah RM299,000 menerusi bank draf.

"Bayaran pertama sebanyak RM250,000 diberikan kepada KAFA pada 4 Januari 2013 dan bayaran kedua RM49,000 sehari kemudian. Kami mendapat salinan bayaran ini daripada peguam yang mewakili Mat Yo," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Wisma FAM di sini, Khamis.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa dikatakan menuntut RM1 juta daripada 'Pemain Paling Bernilai' Liga Malaysia 2012 itu bagi menyelesaikan isu perpindahan Mat Yo ke pasukan Harimau Selatan.

Bayaran berkenaan antaranya meliputi penamatan kontrak 13 bulan lebih awal dengan jumlah melebihi RM300,000, pinjaman mudah diberikan KAFA kepada Mat Yo serta kerugian akibat penarikan diri penajaan pasukan.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata KAFA tidak mempunyai hak menuntut bayaran perpindahan kerana berdasarkan peraturan FAM, seseorang pemain yang menamatkan kontrak sebelah pihak hanya perlu menjelaskan bayaran penebusan kontrak.

"KAFA hanya berhak menuntut bayaran penebusan kontrak selama 13 bulan dan kami tidak membenarkan KAFA menuntut bayaran perpindahan kerana ia bukan melibatkan perpindahan tetapi lebih kepada penamatan kontrak.

"Kami juga tidak akan mengiktiraf sekiranya wujud perjanjian lain antara bekas pemain dengan majikannya tanpa merujuk kepada FAM seperti dalam kes Mat Yo kerana ia di luar bidang kuasa kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata pihaknya telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membayar sagu hati (ex-gratia) berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) kerana mendapatkan khidmat bekas pemain Harimau Muda A, Mohd Affize Faisal Mamat yang berasal dari Terengganu.

"Bayaran perlu dijelaskan kepada PBSNT dalam tempoh sebulan atau kita akan memotong geran tahunan yang diberikan kepada ATM bagi menyelesaikan masalah ini," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata PBSNT tidak mempunyai hak memaksa pemain berusia 24 tahun itu beraksi bersama Terengganu walaupun peraturan FAM menetapkan mana-mana bekas pemain Harimau Muda A perlu kembali semula ke negeri asal masing-masing.

"Dalam kes ini, beliau (Mohd Affize) tidak berminat beraksi bersama Terengganu sebaliknya berminat mewakili pasukan yang menawarkan kontrak kepadanya iaitu ATM," katanya.

Mohd Affize yang menandatangani kontrak bersama ATM, sebelum ini mendakwa beliau tidak boleh beraksi bersama pasukan baharunya selepas PBSNT tidak mengeluarkan surat pelepasan negeri (SPN).

Takiyuddin berkata jawatankuasa berkenaan turut mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) membayar pampasan latihan dan pendidikan berjumlah RM15,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kerana mendapatkan khidmat bekas pemain Harimau Muda B, Muhammad Akram Mahinan yang berasal dari Kedah.

Pemain berusia 21 tahun itu dilepaskan oleh Harimau Muda B dan beliau dikatakan menyatakan minat untuk beraksi bersama pasukan Johor Darul Takzim FC musim ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain