suria

Alex Ferguson Sahkan Tidak Bercadang Untuk Bersara

Sir Alex Ferguson.
Sir Alex Ferguson.
Sir Alex Ferguson.

SIR ALEX FERGUSON mengesahkan yang beliau tidak bercadang untuk bersara sekiranya Manchester United menjuarai liga musim ini.

Fergie yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-71 pada hujung Disember baru-baru ini menegaskan demikian sebaik sahaja pasukannya menewaskan Wigan 4-0 lewat malam Selasa.

Beliau juga menolak khabar angin yang tempatnya akan diisi oleh Pengurus Real Madrid Jose Mourinho atau bekas Pengurus Barcelona, Pep Guardiola musim depan.

“Saya masih menyimpan hasrat untuk meneruskan tugas ini sedikit masa lagi dan buat masa ini tidak ada siapapun yang disenaraikan sebagai calon berpotensi untuk mengantikan saya," ujarnya sebagaimana dipetik oleh akhbar The Sun UK pada Rabu.

Mengenai kemenangan ke atas Wigan, Ferguson menegaskan ia adalah permulaan yang sempurna untuk tahun 2013.

"Kemenangan itu melebarkan jurang kepada tujuh mata dengan Manchester City dengan baki 17 lagi perlawanan,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain