suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

City Enggan Rayu Layangan Kad Merah Terhadap Nasri

Nasri (kanan) menerima kad merah selepas dilihat menanduk Bassong.
Nasri (kanan) menerima kad merah selepas dilihat menanduk Bassong.
Nasri (kanan) menerima kad merah selepas dilihat menanduk Bassong.

LONDON: Manchester City tidak akan mengemukakan rayuan berhubung layangan kad merah yang diterima pemain tengahnya, Samir Nasri pada aksi menentang Norwich, Sabtu lalu.

Pemain kebangsaan Perancis itu dibuang padang pada babak pertama selepas didakwa menanduk Sebastian Bassong.

Sebaik saja tamat perlawanan, Pengurus City, Roberto Mancini menegaskan kelab itu akan membuat rayuan berhubung insiden tersebut.

Bagaimanapun, kelab itu kini mengumumkan mereka tidak akan membuat sebarang rayuan.

Pada perlawanan di Carrow Road itu, City menewaskan Norwich 4-3.

Artikel Lain