suria

Swansea Ikat Man United Seri 1-1

REKOD tanpa kalah dalam lima perlawanan berturut-turut sebelum ini akhirnya padam buat pasukan Manchester United selepas hanya mengikat seri 1-1 ketika bertemu Swansea pada Ahad.

Dengan keputusan itu, skuad kendalian Sir Alex Ferguson kini hanya kelebihan empat mata ke atas pencabar terdekat, Manchester City.

Jaringan Patrice Evra pada minit ke-16 tidak bertahan lama apabila pemain tengah tuan rumah, Michu menyamakan kedudukan pada minit ke-26.

Pada babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan gagal mencari sebarang gol.

Bagaimanapun keputusan seri itu tetap meletakkan United sebagai penghulu liga dengan 43 mata.

Artikel Lain