suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Persie Boleh Terbunuh Dengan Aksi Williams - Ferguson

Van Persie ditenangkan oleh rakannya selepas berang dengan tindakan Williams yang menyepak kepalanya.
Van Persie ditenangkan oleh rakannya selepas berang dengan tindakan Williams yang menyepak kepalanya.
Van Persie ditenangkan oleh rakannya selepas berang dengan tindakan Williams yang menyepak kepalanya.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mencadangkan agar pemain Swansea, Ashley Williams digantung permainan untuk tempoh yang lama kerana aksinya boleh menyebabkan Robin van Persie terbunuh.

Pada babak kedua perlawanan kedua-dua pasukan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 itu, menyaksikan Van Persie telah terjatuh dan pemain pertahahan tersebut cuba menyepak bola dan terkena kepala penyerang United tersebut selepas wisel dibunyikan.

Bagaimanapun, Ferguson merasakan Williams cuba untuk menendang belakang kepada Van Persie dengan bola yang boleh menyebabkan kecederaan serius.

Aksi itu menyebabkan Williams dilayangkan kad kuning oleh pengadil Michael Oliver.

Ferguson percaya kapten Swansea itu sepatutnya dijatuhkan hukuman lebih berat kerana kelakuan kasarnya itu.

"Robin van Persie bertuah kerana masih hisup. Ia merupakan aksi yang teruk daripada pemain itu dan dia sepatutnya digantung oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

"Kelakuan itu boleh menyebabkan leher Robin patah dan boleh terbunuh.

"Ia kelakuan yang disengajakan kerana wisel telah berbunyi, permainan telah ditamatkan dan dia melakukan aksi itu di depan pengadil," jelas Ferguson yang marah dengan kelakukan Williams itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain