suria

60 Atlet Bina Badan Bersaing Rebut Gelaran 'Mr ACT'

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60 atlet bina badan dari seluruh negara bakal bersaing untuk merebut gelaran 'Mr ACT' di Wisma Majlis Olimpik Malaysia pada Ahad depan.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Bina Badan Malaysia Lt Komander (B) Kamarulzaman Kadir berkata empat kategori akan dipertandingkan pada kejohanan itu iaitu dua kategori terbuka senior, badan cantik dan remaja.

"Saya menjangka ramai atlet kebangsaan akan menyertai kejohanan ini.

"Walaupun bukan kejohanan besar, pertandingan ini memberi pendedahan awal kepada atlet-atlet baru bina badan apabila berpeluang bersaing dengan atlet senior kebangsaan," katanya kepada Bernama Ahad. - BERNAMA

Artikel Lain