suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vidic Rehat Dua Bulan Jalani Pembedahah Lutut

Vidic dijangka berehat selama dua bulan kerana kecederaan lutut.
Vidic dijangka berehat selama dua bulan kerana kecederaan lutut.
Vidic dijangka berehat selama dua bulan kerana kecederaan lutut.

KAPTEN Manchester United, Nemanja Vidic terkeluar daripada pasukan selama dua bulan kerana bakal menjalani pembedahan lutut.

Pemain pertahanan dari Serbia ini jarang beraksi sejak musim lalu kerana turut mengalami kecederaan ligamen yang serius dan menjalani pembedahah di bahagian lutut kanannya tahun lalu.

Sebelum ini Vidic turut tidak beraksi ketika skuad kendalian Sir Alex Ferguson itu menang 2-1 ke atas Liverpool Ahad lalu.

Kenyataan kelab berkata: "Sir Alex Ferguson telah dimaklumkan, dan merehatkan Vidic minggu lalu selepas dia (Vidic) melaporkan berasa tegang di bahagian lututnya.

"Pemeriksaan dilakukan dan mendapati ada masalah di bahagian tersebut."

Dengan keadaan ini, Vidic dijangka akan terlepas perlawanan EPL menentang Tottenham, Newcastle, Stoke, Chelsea, Arsenal, Aston Villa, Norwich dan QPR serta turut terkeluar dalam aksi Liga Juara-Juara (CL) bertemu Cluj,Braga dan Gatasaray.

Selain Vidic, dua lagi pemain Man United yang terpaksa berehat ialah Phil Jones dan Chris Smalling kerana masalah kecederaan.

Senarai pemain pertahanan Man United:

Rafael - cergas

Fabio - dipinjamkan ke QPR

Phil Jones - cedera

Nemanja Vidic - cedera

Rio Ferdinand - cergas

Johnny Evans - cergas

Chris Smalling -cedera

Patrice Evra - cergas

Alevander Buttner - cergas

Artikel Lain