suria

Empat Pemain Bawa Cabaran Malaysia Pada Kejohanan Petanque Piala Dunia

SEREMBAN: Empat pemain petanque kebangsaan akan membawa cabaran Malaysia pada Kejohanan Petanque Piala Dunia di Marseilles, Perancis dari 3 hingga 8 Oktober ini.

Mereka ialah Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Termizi dari Perak, Mohamad Haizat Rosli (Kuala Lumpur), Muhammad Hafizuddin Mat Daud (Kelantan) dan Saiful Bahri Musmin (Selangor).

Mengiringi mereka ialah Naib Presiden Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) Haris Kasim yang dipilih sebagai pengurus pasukan manakala jurulatih ialah Zanilisa Mohamed.

Zanilisa berkata, pemilihan pemain ke kejohanan tersebut adalah berdasarkan kepada pencapaian memberangsangkan mereka dalam beberapa kejohanan kebangsaan termasuk Terbuka Kedah baru-baru ini.

Katanya pemain kini sedang giat menjalani latihan pusat di Kuala Selangor, Selangor sebelum berlepas ke Marseilles pada 1 Oktober ini.

Kejohanan tahun ini disertai pemain dari 48 negara.

Pada kejohanan ini dua gelaran besar akan menjadi rebutan iaitu Juara Dunia Triplettes Berpasukan dan Juara Dunia Shooting Individu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain