suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cole Terlepas Aksi Bertemu Moldova

Ashley Cole
Ashley Cole
Ashley Cole

PEMAIN pertahanan Chelsea, Ashley Cole tidak akan menyertai skuad England menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Maldova minggu ini berikutan kecederaan buku lali.

Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) telah mengumumkan kecederaan yang dihadapi pemain The Blues itu memerlukan masa untuk menjalani rawatan.

Cole yang turut berada dalam kem skuad kebangsaan pada Isnin lalu meminta kebenaran untuk kembali ke Cobham.

Walaupun tidak beraksi pada Jumaat ini di Chisnau, Cole akan kembali sertai skuad England pada Ahad ini untuk pemantauan lanjut kecederaan itu bagi perlawanan kedua bertemu Ukraine di Wembley pada 11 September ini.

Sementara itu, penyerang Liverpool yang berhijrah secara pinjaman ke West Ham, Andy Carroll turut terkeluar daripada senarai ini kerana kecederaan hamstring.

Bagaimanapun pengurus England, Roy Hodgson tidak menggantikan pemain lain bagi posisi itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain