suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Che Mat Jusoh Sahkan Dipanggil SPRM Siasatan Berhubung Jual Permainan

KUALA TERENGGANU: Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

Pengurus pasukan bola sepak Terengganu itu menjelaskan beliau dipanggil oleh badan pencegah rasuah itu untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai pergolakan dalam pasukan negeri itu.

"Memang benar saya dipanggil oleh SPRM semalam (Selasa) untuk membolehkan mereka mendapatkan sedikit maklumat mengenai apa yang berlaku dalam pasukan sekarang.

"Itu sahaja yang saya boleh beritahu... saya dipanggil SPRM mendapatkan beberapa maklumat... itu saja," katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.

Beliau bagaimanapun berkata telah memberikan kerjasama penuh bagi memudahkan serta melicinkan siasatan tersebut.

Akhbar pada Rabu melaporkan SPRM menjalankan siasatan berhubung dakwaan menjual permainan dalam kalangan pemain Terengganu ketika skuad dari Pantai Timur itu menentang Kedah dalam saingan Piala Malaysia Sabtu lalu.

Antara yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah Che Mat dan penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Terengganu dikira telah terkeluar dalam meneruskan saingan Piala Malaysia 2012 setelah tumpas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 untuk menghuni tangga tercorot kumpulan B dengan mengumpul lima mata di sini malam Selasa.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain