suria

Arsenal Benam Liverpool 2-0

Podolski berjaya menjaringkan gol pertama pada aksi menentang Liverpool, Ahad.
Podolski berjaya menjaringkan gol pertama pada aksi menentang Liverpool, Ahad.
Podolski berjaya menjaringkan gol pertama pada aksi menentang Liverpool, Ahad.

LONDON: Arsenal memenangi perlawanan menentang Liverpool dengan jaringan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL),Ahad malam.

Gol Arsenal dijaringkan Lukas Podolski pada minit ke-31 sementara gol kedua dijaringkan Santi Cazorla pada minit ke-68.

Aksi Podolski sememangnya tidak mengecewakan, malah gandingan seorang lagi pemain baru, Cazorla turut berjaya mencetuskan kesan positif apabila meledak gol kemenangan buat Arsenal.

Sementara itu, kekalahan di laman sendiri skuad The Reds sudah pasti membuatkan pengendali kelab itu, Brendan Rodgers tidak senang duduk.

Selepas dimalukan dengan kekalahan 0-3 oleh West Bromwich Albion pada aksi pembukaan liga 18 Ogos lalu dan sekadar seri 2-2 dengan Manchester City minggu lalu, Rodgers masih belum mampu menunjukkan sentuhan istimewa kepada skuadnya.

"Ia melibatkan keputusan. Perbezaan gol tidak ada kena mengena dengan gaya permainan, sistem, atau taktikal yang dilakukan dalam permainan.

"Kami telah menguasai bola dan kami tidak cuba untuk mendapatkan kembali jika bola terlepas.

"Untuk gol kedua kami sebenar turut mencipta pelaung gol, tetapi tidak cukup kemas.

"Banyak lagi perlawanan yang bakal kami tempuhi selepas ini, dan perlu perbaiki keadaan ini," jelas Rodgers.

Artikel Berikut

Arsenal Benam Liverpool 2-0

Artikel Lain