suria

Berbatov Tolak Tawaran Fiorentina, Terima Tawaran Fulham

PENYERANG Manchester United, Dimitar Berbatov tiba di Fulham bagi menjalani pemeriksaaan kesihatan walaupun proses pemindahah masih lagi belum selesai.

Kelab Cottagers bersetuju dengan syarat-syarat peribadi dan dijangka akan membayar £3 hingga £5 juta (RM15 hingga 25 juta) kepada bekas penyerang Bulgaria ini.

Bagaimanapun, pegurus Man United, Sir Alex Ferguson mendakwa tawaran kepada kepada pemain berusia 31 tahun itu belum selesai.

"Saya tidak terkejut jika dia berada di Tottenham. Ada khabar angin mengatakan dia ke sana. Saya tidak rasa perkara ini selesai di Fulham.

"Dia belum pergi lagi. Saya tidak mahu tahu apa-apa mengenainya. Dan tidak ada khabar darinya.

"Kami anggap dia berada di Itali tetapi bukan di sana. Dia mungkin berada di mana-mana dan saya benar-benar maksudkan itu," jelasnya.

Sementara itu, pengurus Fulham, Martin Jol menjangkakan proses tawaran ini akan selesai pada lewat hari Khamis.

"Saya gembira dan yakin penyokong-penyokong juga turut teruja. Ia adalah sejarah perpindahan paling besar yang berlaku di kelab ini," katanya.

Jol pertama bersama Berba ketika di Tottenham percaya rekod jaringan yang dilakukan oleh pemain Bulgaria itu cukup membuktikan dirinya.

"Dia mempunyai rekod yang baik. Jika kamu melihat rekod antarabangsa dan ketika di Man United, saya tidak fikir akan ada lagi penyerang seperti dia.

"Mungkin Wayne Rooney atau Robin van Persie akan menyamakan kedudukan itu dalam tempoh lima tahun lagi," katanya.

Sebelum ini Berbatov dikatakan akan menandatangani kontrak bersama Fiorentina, tetapi tawaran itu ditolak selepas menerima pelawaan dari kelab London ini.

Kelab Itali itu mendakwa telah bersetuju dengan United dan telah membayar wang pendahuluan bagi perpindahan ini.

"Dia tidak layak kepada bandar kami, baju atau menjadi wakil kami," jelas satu kenyataan dari kelab Serie A itu.

Artikel Berikut

Azman Kembali Sertai MMER

Artikel Lain