suria

Atletico Madrid Julang Trofi Piala Super Eropah 2012

Pasukan Atletico Madrid meraikan kejayaan selepas dinobatkan juara Piala Super Eropah, awal pagi Sabtu.

PASUKAN Atletico Madrid meraih gelaran Piala Super Eropah 2012 buat kali kedua, apabila mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Chelsea di Monaco awal pagi Sabtu.

Jaringan hatrik Radamel Falcao pada minit ke-6,19 dan 45 serta Joao Miranda (minit ke-59) menyaksikan Chelsea gagal merapatkan jaringan dan hanya meraih gol saguhati menerusi Gary Cahill pada minit ke-75.

Kejayaan itu juga turut meletakkan Falcao sebagai pemain pertama melakukan jaringan hatrik di pentas akhir Supercopa sejak ia diperkenalkan pada 1972.

Kali pertama pasukan Atletico Madrid menjuarai kejohanan ini ketika menundukkan pasukan dari Itali, Inter Milan 2-0 dua tahun lalu.

Artikel Berikut

Azman Kembali Sertai MMER

Artikel Lain