suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

T-Team Tidak Akan Putus Asa - Yunus Alif

KUALA TERENGGANU: Meskipun berdepan misi sukar mencari kemenangan pertama dalam saingan kumpulan D Piala Malaysia, jurulatih T-Team tidak mahu pemainnya berputus asa malah mahu mereka terus berjuang menghidupkan peluang merebut slot ke pusingan suku akhir.

Skuad kendalian Yunus Alif ini gagal mencari rentak kemenangan dalam tiga perlawanan sebelum ini setelah kalah kepada Pahang, diikat Sarawak dan tumbang di gelanggang sendiri kepada Selangor.

Ini bermakna liku perjalanan mereka pastinya terarah mencari kemenangan di kesemua perlawanan terakhir pusingan kedua peringkat kumpulan untuk menceriakan kembali penyokong di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

"Saya percaya peluang pasukan (T-Team) masih terbuka dan pemain-pemain perlu bekerja lebih keras bagi memastikan T-Team terus berjaya pada pusingan kedua peringkat kumpulan nanti.

"Saya tidak mahu ada dalam kalangan pemain bermain sambil lewa dan tiada semangat. Kita bermain sebagai pasukan, maka saya harap mereka hadapilah perlawanan yang mendatang dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Katanya T-Team akan turun habis-habisan bagi memastikan mereka berjaya Sabtu ini dan juga dua lagi perlawanan iaitu menentang Sarawak di Kucing pada 4 September dan Pahang di sini 14 September.

T-Team kini menduduki tangga tercorot kumpulan D dengan satu mata. - BERNAMA

Artikel Berikut

Azman Kembali Sertai MMER

Artikel Lain