suria

Arsenal Beli Pemain Antarabangsa Sepanyol Santi Cazorla

Santi Cazorla
Santi Cazorla
Santi Cazorla

KETIKA isu mengenai kedudukan Robin Van Persie (RVP) masih terumbang-ambing, Arsenal nampaknya terus berbelanja sakan dengan menambah seorang lagi pemain baru dari Sepanyol iaitu Santi Cazorla.

Pemain tengah Sepanyol yang berusia 27 tahun itu dibeli dari kelab Malaga pada harga £16 juta (RM77 juta).

Cazorla kini menjadi pemain baru ketiga Arsenal selepas mereka berjaya mendapatkan khidmat penyerang Perancis, Olivier Giroud dan penyerang Jerman, Lukas Podolski - sekaligus membuktikan, RVP bukanlah satu-satunya pemain sandaran Arsenal.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan kemasukan Santi Cazorla sebagai satu bonus untuk skuadnya kerana pemain itu mempunyai pengalaman bukan sahaja di peringkat kelab tetapi juga antarabangsa.

“Dia adalah pemain yang serba boleh, mempunyai pengetahuan taktikal yang mendalam serta mempunyai naluri serangan yang semulajadi walaupun bermain sebagai pemain tengah," kata Wenger.

Cazorla telah bermain 45 kali untuk Sepanyol dan merupakan anggota skuad yang menjuarai kejohanan Euro 2012 bulan lalu dan juga 2008.

Pemain itu juga memainkan peranan utama sebagai perancang yang membolehkan Málaga menduduki tangga keempat Liga Sepanyol musim lepas.

Artikel Lain