Walcott Teruja Kembali Ke Asia

Walcott (kiri) bersama Jack Wilshere, Wojciech Szczesny dan Alex Song ketika sesi temuramah bersama media ketika kunjungan Arsenal ke Malaysia tahun lalu.
Walcott (kiri) bersama  Jack Wilshere, Wojciech Szczesny dan Alex Song ketika sesi temuramah bersama media ketika kunjungan Arsenal ke Malaysia tahun lalu.
Walcott (kiri) bersama Jack Wilshere, Wojciech Szczesny dan Alex Song ketika sesi temuramah bersama media ketika kunjungan Arsenal ke Malaysia tahun lalu.

PEMAIN Arsenal, Theo Walcott mengakui dia teruja untuk kembali menyertai Jelajah Arsenal Timur Jauh 2012, Selasa depan.

Penyerang England itu adalah sebahagian daripada skuad Gunners yang menuju ke Asia untuk mengambil bahagian dalam perlawanan itu, sesi latihan dan beberapa acara di Malaysia, China dan Hong Kong.

Semangat yang ditunjukkan penyokong Asia ketika sesi jelajah musim lalu memberi kesan kepada pemain berusia 23 tahun itu dan tidak sabar untuk bertemu mereka sekali lagi.

“Saya terlalu teruja, seronok dapat berjumpa dengan penyokong,” kata Walcott.

“Ia memberi makna kepada mereka kerana mereka tidak berpeluang menyaksikan kami secara dekat. Sebagai pemain kami dapat menyaksikan sisi berbeza dalam permainan ini, bertemu peminat yang tidak berpeluang berkunjung ke Stadium Emirates.

“Pertemuan ini menjadikan impian mereka satu kenyataan dan inilah yang kami mahu lakukan. Mereka amat menyukai kelab ini, mereka sukakan pemainnya dan mereka mahu berada hampir dengan kami.

“Mereka adalah peminat setia dan mahu kelab beraksi cemerlang. Sesuatu yang istimewa bagi kami sebagai pemain kerana dapat melihat sisi berbeza dalam perlawanan.”

Arsenal akan menentang Harimau Malaya 24 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiket dijual pada harga RM58, RM68, RM108 dan tiket terhad VIP dijual pada harga RM388. Tiket boleh didapati di rangkaian Ticketpro seluruh negara, Ticketpro hotline 03-7880-7999 dan www.ticketpro.com.my.

Artikel Sebelum

Thorgan Ikut Jejak Eden Ke Chelsea

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain