suria

Ibrahimovic Sah Sertai PSG

Ibrahimovic menjadi milik PSG bagi aksi musim baru nanti.
Ibrahimovic menjadi milik PSG bagi aksi musim baru nanti.
Ibrahimovic menjadi milik PSG bagi aksi musim baru nanti.

PASUKAN Paris St Germain (PSG) telah menemui persetujuan dengan AC Milan bagi mendapatkan Zlatan Ibrahimovic, berdasarkan pengesahan Pengurus Besar kelab Liga 1, Leonardo.

"Persetujuan telah dicapai dan dia (Ibrahimovic) akan menjalankan pemeriksaan kesihatan pada Rabu (hari ini), " jelas Leonardo.

"Ia tahun yang bertuah bagi PSG. Ketibaan pemain itu akan boleh mengubah segalanya."

Sementara itu, ejen Ibrahimovic, Mino Raiola berkata, semuanya sudah selesai dan berjalan lancar.

"Semuanya sudah bersetuju. Dan saya boleh mengesahkannya," katanya.

Menurut laporan media, Ibrahimovic bakal dibayar gaji sekitar £200,000 (RM985,348) seminggu di Paris.

Ibrahimovic,30, bakal menyertai penyerang Argentina, Ezequiel Lavezzi.

Musim lalu kelab ini berjaya menamatkan saingan Liga 1 di tempat kedua dan akan beraksi pada Liga Juara-Juara (CL) musim baru nanti di bawah kendalian pengurus baru, Carlo Ancelloti.

Artikel Sebelum

Walcott Teruja Kembali Ke Asia

Artikel Lain