Aksi Pemain Negara Di Liga Luar Buka Lembaran Baru - Tengku Abdullah

KUANTAN: Penglibatan pemain negara dalam liga bola sepak luar negara dilihat bakal membuka satu lembaran baru dalam sukan bola sepak tanah air.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata mereka yang dipanggil menjalani latihan dan ujian pemilihan kelab luar negara perlu bersungguh-sungguh membuktikan keupayaan dan memberikan sumbangan terbaik untuk kelab yang akan disertai itu.

"Pencapaian pemain negara seperti Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang kini beraksi dalam Liga Portugal harus dijadikan satu suntikan semangat kepada pemain lain untuk turut sama mengembangkan bakat mereka di pentas antarabangsa. "Bagitu juga Wan Zaharulnizam Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Noor yang kini menjalani ujian pemilihan di kelab Jepun dan diharap menghasilkan sesuatu yang positif.

"(Perkembangan itu juga) Diharap akan menjadikan negara kita sebagai satu tempat pemilihan untuk ejen-ejen sukan yang membawa pemain muda kita bermain di kelab luar negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pahang Skills Development Centre (PSDC) di sini, Selasa.

Kini Nazmi Faiz beraksi bersama kelab Portugal, S C Beira-Mar, manakala Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal sedang menjalani ujian pemilihan di FC Ryukyu, Jepun.

Seorang lagi pemain muda yang turut dilapor menarik minat kelab luar ialah Rozaimi Abd Rahman selepas beraksi cemerlang pada kejohanan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun baru-baru ini.

Tengku Abdullah turut berharap peluang yang diberikan kepada pemain negara itu dapat digunakan sebaiknya.

"Mereka harus menyediakan diri dan menjalani latihan bersungguh-sungguh serta menggunakan peluang yang diberikan," kata baginda.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Walcott Teruja Kembali Ke Asia

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain