suria

Giggs Pilih Bidang Kejurulatihan Selepas Bersara

Giggs mendengar arahan Pearce (kanan) pada sesi latihan pasukan Great Britain sempena Sukan Olimpik hujung bulan ini.

PEMAIN tengah veteran Manchester United, Ryan Giggs merancang akan melibatkan diri dalam bidang pengurusan selepas dia bersara sebagai pemain kelak.

Pemain berusia 38 tahun itu dipilih sebagai kapten skuad bola sepak Sukan Olimpik pasukan Great Britain dan akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin daripada Stuart Pearce dan jurulatih yang lain.

"Bidang jurulatih merupakan satu jalan yang saya lihat berulang kali. Pada pertengahan musim lalu, saya telah menyempurnakan Lesen A UEFA dan ia sangat menarik.

"Sudah pasti ia sangat berbeza berbanding sebagai pemain. Saya mahu menimba lebih banyak pengetahuan sebelum saya mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan.

"Penglibatan pada Sukan Olimpik ini merupakan satu landasan yang baik dan ia sangat berbeza dengan kejohanan atau liga yang lain," jelas Giggs.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain