suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

300 Peminat Sambut Kehadiran Drogba Di Shanghai

Drogba bergambar bersama jersi No.11 yang akan disarungnya.
Drogba bergambar bersama jersi No.11 yang akan disarungnya.
Drogba bergambar bersama jersi No.11 yang akan disarungnya.

SHANGHAI: Sekurang-kurangnya 300 peminat berkumpul di Shanghai untuk menyambut kehadiran penyerang Ivory Coast, Didier Drogba yang tiba di sini pada Sabtu untuk menyertai kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua.

Drogba yang menandatangani kontrak selama dua tahun setengah dengan gaji sebanyak $300,000 seminggu, menamatkan spekulasi berhubung masa depannya selepas memutuskan untuk meninggalkan Chelsea.

Penyerang berusia 34 tahun itu akan menyertai bekas rakan sepasukannya di Chelsea, Nicolas Anelka untuk memperkuat kelab yang menduduki tempat ke-13 dalam Liga Super China.

Shanghai Shenhua dibimbing bekas jurulatih Argentina, Sergio Batista.

Sekumpulan penyokong Drogba sanggup menunggu sejak awal pagi di Lapangan Terbang Antarbangsa Shanghai Pudong dengan memakai jersi kelab berwarna biru tertera perkataan 'Drogba 11'.

Mereka berharap agar gandingan mantap Drogba-Anelka dapat mengubah nasib kelab itu.

"Saya percaya dengan kehadiran Drogba, keputusan kelab ini akan dapat diperbaiki kerana dia ada hubungan baik dengan Anelka," kata Zhu Hongbo, salah seorang peminat Drogba.

Kehadiran Drogba merupakan bintang berprofil tinggi yang berjaya dibawa masuk ke China baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain