suria

Vidic, Smalling Sedia Beraksi - Ferguson

Vidic dijangka cergas menjalang musim baru pada Ogos ini.
Vidic dijangka cergas menjalang musim baru pada Ogos ini.
Vidic dijangka cergas menjalang musim baru pada Ogos ini.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan Nemanja Vidic dan Chris Smalling akan kembali cergas menjelang musim baru tidak lama lagi.

Vidic tidak beraksi sejak Disember lalu kerana mengalami kecederaan ligamen, manakala Smalling menjalani pembedahan groin yang turut menyaksikan dia tidak dapat beraksi pada kejohanan Euro 2012 baru-baru ini.

Bagaimana pun seorang lagi pemain Ferguson, Johnny Evans dijangka tidak dapat bersama pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton pada 20 Ogos ini kerana menjalani pembedahan buku lali.

"Johnny menjalani pembedahan. Saya pasti dia belum sembuh menjelang aksi pembukaan musim baru nanti, namun dia tidak akan berehat lama.

"Manakala Chris Smalling telah menjalani latihan ringan. Kecederaannya memerlukan lebih perhatian.

"Dia masih dalam proses pemulihan dan saya jangkakan dia akan memulakan musim baru nanti," jelas Ferguson.

Ferguson berkata, Vidic akan memulakan aksi awal pasukan bulan depan.

"Saya pasti Vidic akan bersama pasukan bulan depan. Dia masih di tahap yang memerlukan jumlah latihan yang lebih baik, tetapi tidak terlalu berat.

"Dia lebih baik berada di Carrington kerana dengan kemudahan yang ada dan ahli fisio yang mampu membawanya ke tahap yang lebih selesa.

"Apabila tiba masa kami bersama, saya harap dia sudah bersedia," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain