suria

Liga Super: Kelantan Sekadar Seri 2-2 Dengan Terengganu

Pemain Terengganu, Ashaari Samsuddin (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Kelantan, Norfarhan pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selasa. Foto: BERNAMA
Pemain Terengganu, Ashaari Samsuddin (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Kelantan, Norfarhan pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selasa. Foto: BERNAMA
Pemain Terengganu, Ashaari Samsuddin (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Kelantan, Norfarhan pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selasa. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kelantan terpaksa berputih mata selepas terikat 2-2 menentang Terengganu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Selasa.

Keputusan tersebut, bagaimanapun tidak mengubah kedudukan pasukan bimbingan Bojan Hodak itu yang masih menghuni tangga kedua liga dengan menggumpul 48 mata, dua mata kurang berbanding pendahulu liga, Lions XII dari Singapura yang belum beraksi.

Pemain tengah skuad The Red Warriors, Mohd Nor Farhan Muhammad membuka tirai jaringan seawal minit kelima sebelum ketua pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi menggandakan jaringan pada minit ke-20.

Bermain di halaman sendiri, skuad Penyu tidak berputus dan berjaya mengikat keputusan dengan dua jaringan menerusi Abdul Hadi Yahya pada minit ke-40 dan pemain pertahanan, Mohd Muslim Ahmad sepuluh minit kemudian.

Pasukan di tangga ketiga liga, Perak meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan T-Team 3-2 di Stadium Perak, Ipoh.

Tiga gol skuad Seladang dijaringkan Mohd Nazri Kamal pada minit ke-33, Mohd Failee Ghazali (minit ke-63) dan Albert Bodjongo (minit ke-66) manakala dua gol pasukan pelawat dijaringkan Mohd Faiz Subri pada minit ke-19 dan 69.

Selangor pula mengekori rapat skuad Perak selepas menumpaskan 'adik' mereka, PKNS Selangor 1-0 menerusi jaringan ketua pasukan, Mohd Amri Yahyah pada minit-minit akhir separuh masa pertama di Stadium Shah Alam.

Sabah pula menamatkan rentetan kekalahan mereka dalam saingan liga selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah di Stadium Likas menerusi jaringan Jufrey Omopor pada minit ke-52.

Dua lagi pasukan, Sarawak dan Johor FC turut mencatatkan kemenangan tipis ke atas lawan masing-masing.

Sarawak mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United menerusi jaringan pemain import dari Cameroon, Joel Epalle pada minit ke-38 di Stadium Hang Jebat, Melaka manakala Johor FC pula mengalahkan Kuala Lumpur dengan keputusan sama menerusi jaringan ketua pasukan Mohd Khairul Ismail pada minit ke-57 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain