suria

Eruo 2012: Perancis Cipta Peluang Ke Suku Akhir, Tewaskan Ukraine 2-0

Menez (14) menjaringkan gol pertama Perancis pada minit ke-53 perlawanan menentang Ukraine.
Menez (14) menjaringkan gol pertama Perancis pada minit ke-53 perlawanan menentang Ukraine.
Menez (14) menjaringkan gol pertama Perancis pada minit ke-53 perlawanan menentang Ukraine.

SELEPAS terikat tanpa jaringan pada babak pertama perlawanan, pasukan Perancis bangkit melakukan dua gol hasil sentuhan Jérémy Menez dan Yohan Cabaye sekaligus menewaskan Ukraine 2-0 pada aksi Kumpulan D Euro 2012 di di Stadium Donbass Arena awal pagi Sabtu.

Kemenangan ini meletakkan skuad Laurent Blanc di kedudukan teratas kumpulan, berkongsi mata dengan England yang turut mengutip empat mata.

"Kami menjaringkan gol. Kami perlu melakukannya lagi. Kami telah menunjukkan peningkatan.

"Bolehkah Perancis pergi lebih jauh lagi dalam perlawanan ini, saya tidak boleh berani cakap apa-apa. Setiap perlawanan adalah berbeza," jelas Blanc.

Sementara itu jurulatih tuan rumah, Oleg Blokhin berkata, pasukannya telah mengecewakan semua penyokong dan tidak mahu menyalahkan sesiapa.

Bagaimana pun Blokhin berkata "Dalam kotak (kawasan penalti) mereka tidak cuba untuk melakukan jaringan.

"Sebaliknya kami hanya mencipta peluang kepada pasukan Perancis. Jadi kami tidak boleh melakukan kesalahan di barisan pertahanan.

"Kedua-dua pasukan mengalami keadaan cuaca yang sama, mungkin Perancis lebih cepat menerima keadaan itu".

Perlawanan itu pada mulanya terpaksa ditangguhkan lebih kurang 15 minit ekoran hujan lebat.

Senarai pemain

Ukraine:

12-Andriy Pyatov; 9-Oleh Gusyev, 3-Evhen Khacheridi, 17-Taras Mykhalyk, 2-Evhen Selin; 11-Andriy Yarmolenko, 4-Anatoly Tymoshchuk, 10-Andriy Voronin, 19-Evhen Konoplyanka; 18-Serhiy Nazarenko; 7-Andriy Shevchenko

Perancis:

1-Hugo Lloris; 2-Mathieu Debuchy, 5-Philippe Mexes, 4-Adil Rami, 22-Gael Clichy; 14-Jeremy Menez, 11-Samir Nasri, 18-Alou Diarra, 6-Yohan Cabaye, 7-Franck Ribery; 10-Karim Benzema

Pengadil : Bjorn Kuipers (Netherlands)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain