suria

Euro 2012: Itali Sekadar Seri 1-1 Menentang Croatia

Pemain-pemain Itali kecewa selepas hanya mengutip seri 1-1 ketika bertemu Croatia awal pagi Jumaat.
Pemain-pemain Itali kecewa selepas hanya mengutip seri 1-1 ketika bertemu Croatia awal pagi Jumaat.
Pemain-pemain Itali kecewa selepas hanya mengutip seri 1-1 ketika bertemu Croatia awal pagi Jumaat.

PASUKAN Itali dan Croatia perlu menunggu sehingga tamat perlawanan peringkat Kumpulan C untuk menentukan nasib mereka selepas terikat 1-1 pada aksi awal pagi Jumaat di Stadium Miejski.

Impian Itali untuk meraih kemenangan pertama sekali lagi gagal selepas sekadar seri biarpun pemain veteran, Andrea Pirlo meletakkan Itali di hadapan pada minit ke-39.

Namun Mario Mandzukic memastikan Croatia meraih sekurang-kurangnya satu mata dengan gol penyamaan pada minit ke-72 sekali gus menjadi jaringan ketiga peribadinya di kejohanan Euro kali ini.

Catatan seri itu cukup bagi Croatia untuk ke suku akhir dengan meraih empat mata selepas dua perlawanan manakala Itali perlu mencatatkan kemenangan pada perlawanan terakhir ketika bertemu Republik Ireland apabila sekadar meraih dua mata setakat ini.

Keputusan ini juga menyaksikan Croatia mengekalkan rekod tanpa kalah bertemu Itali iaitu menang 2-1 pada Piala Dunia 2002, 2-1 dan 1-1 pada Kelayakan Euro 1996 dan terkini seri 1-1 pada Euro 2012.

Manakala Itali menyaksikan gagal untuk menang enam perlawanan terakhir di Eropah dan gagal ke final Piala Dunia, namun mereka turut mempamerkan aksi sengit ketika mengikat Sepanyol 1-1 pada aksi pembukaan perlawanan peringkat kumpulan minggu lalu.

Senarai pemain

Itali:

1-Gianluigi Buffon; 19-Leonardo Bonucci, 16-Daniele De Rossi, 3-Giorgio Chiellini; 2-Christian Maggio, 8-Claudio Marchisio, 21-Andrea Pirlo, 5-Thiago Motta, 13-Emanuele Giaccherini; 10-Antonio Cassano, 9-Mario Balotelli

Croatia:

1-Stipe Pletikosa; 11-Darijo Srna, 5-Vedran Corluka, 13-Gordon Schildenfeld, 2-Ivan Strinic; 7-Ivan Rakitic, 8-Ognjen Vukojevic, 10-Luka Modric, 20-Ivan Perisic; 17-Mario Mandzukic, 9-Nikica Jelavic

Pengadil : Howard Webb (England)

Artikel Lain