suria

Tiket Perlawanan Malaysia - Singapura Mula Dijual Selasa

KUALA LUMPUR: Tiket untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan kebangsaan dan Singapura akan mula dijual esok (Selasa) di Stadium Shah Alam mulai 10 pagi.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata tiket dijual pada harga RM20 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

"Tiket-tiket juga boleh dibeli secara online di laman web www.tickethotline.com.my sehingga pukul 9 pagi hari perlawanan (esok)," kata FAM dalam satu kenyataan, Isnin.

"Penebusan tiket (bagi pembelian secara online) boleh dilakukan pada hari perlawanan di kaunter nombor tujuh, Pintu A, Stadium Shah Alam bermula 3 petang hingga perlawanan bermula iaitu pada 8.45 malam," kata kenyataan itu.

Pada perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura, Jumaat lalu, Malaysia sekadar seri 2-2 dengan pasukan bimbingan ketua jurulatih Radojko Avramovic itu. - BERNAMA

Artikel Lain