Barisan Penyerang Terengganu Perlu Diperbaiki Menjelang Pertemuan Dengan T-Team

KUALA TERENGGANU: Jentera serangan Terengganu yang dilihat tumpul harus diatasi segera sekiranya mahu mempamerkan aksi garang menjelang pertemuan saingan Liga Super berbaki sembilan perlawanan dengan pasukan 'adiknya' T-Team Jumaat ini.

Perlawanan tersebut akan bermula pada 8.45 malam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di mana akan beraksi perlawanan pembukaan tunggal setelah saingan Liga Super yang berhenti berehat selama tiga minggu kembali berlangsung.

Jurulatihnya, Peter James Butler berkata, beliau akan memperbaiki kelemahan itu namun tidak menolak kelemahan di barisan hadapan ini mungkin disebabkan ketiadaan penyerang lincah kelahiran Liberia, Francis Forkey Doe.

"Doe dijangka akan kembali ke Terengganu untuk pertemuan menentang T-Team.

"Mungkin juga pemain-pemain ini prestasinya masih lembab setelah berehat agak panjang," katanya kepada Bernama selepas tamat perlawanan persahabatan Siri Nusantara skuad Penyu menetang kelab Pro Duta FC Medan, Indonesia yang berkesudahan seri tanpa jaringan di sini malam Ahad.

Frokey Doe direhatkan kerana pulang membantu negaranya untuk saingan kelayakan seterusnya Piala Dunia 2014 Zon Afrika.

Tambahan pula, bekas jurulatih Kelantan ini berkata Terengganu menurunkan pemain-pemain barisan hadapan yang baru pulih daripada kecederaan seperti Abdul Manaf Mamat, Ahmad Nordin Alias dan Reeshafiq Alwi.

"Mereka masih dalam pemulihan dan mungkin pergerakan mereka tidaklah mantap sepenuhnya lagi," katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Walau apapun Buttler menyifatkan perlawanan menentang kelab dari Medan adalah sebagai pemanas badan dan juga medan untuk menguji ketangkasan anak buahnya setelah sekian lama berehat di samping mempunyai perancangan tersendiri.

"Ketika kita bermain dengan Kelantan dalam cabaran Piala AFC tempoh hari, terutamanya pada babak kedua kita telah mengubah corak permainan menyebabkan kita memperoleh dua gol dalam tempoh beberapa minit walaupun akhirnya kalah (3-2).

"Jangan risau, saya sudah lama dalam bidang kejurulatihan dan saya memang tahu apa hendak dilakukan bagai mengatasi masalah itu nanti," katanya. - BERNAMA

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain