Abu Samah, Naim Kekal Jawatan Pada AGM PKBM

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Abu Samah Abd Wahab dan Timbalannya, Datuk Naim Mohamad mengekalkan jawatan masing-masing pada pemilihan yang berlangsung sempena mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-25 PKBM untuk penggal 2012-2015, Ahad.

Abu Samah menang tanpa bertanding manakala Naim mengekalkan kedudukannya selepas pencabarnya, M. Maniam yang juga Naib Presiden PKBM, menarik diri walaupun menerima pencalonan daripada Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan dan disokong Persatuan Berbasikal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Abu Samah yang ditemui pemberita menyatakan terharu dengan sokongan padu yang ditunjukkan anggota gabungan badan induk berbasikal kebangsaan itu terhadap kepimpinan beliau.

Beliau yang juga Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Asia (ACC) bagaimanapun meminta anggota gabungan PKBM agar tidak mencalonkan beliau pada AGM seterusnya memandangkan usianya bakal mencecah 74 tahun apabila tempohnya sebagai presiden PKBM berakhir pada 2015.

"Kita perlu pandang ke hadapan...Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak boleh jadi presiden untuk selama-lamanya. Malah saya tegaskan bahawa semua perwakilan perlu memerhati mulai sekarang calon baharu presiden PKBM, kalau boleh seorang yang lebih baik daripada saya," katanya.

Abu Samah berkata PKBM akan terus memberi keutamaan kepada skuad lebuh raya kebangsaan bagi memastikan mereka kekal sebagai antara kuasa berbasikal terkuat di Asia.

Dalam pada itu, Maniam gagal mengekalkan jawatan Naib Presiden PKBM.

Jawatan itu kini disandang Datuk Ahmad Sidi Ismail, Amrun Misnoh, Datuk Samad Ariffin, Omar Saad dan Yunus Ibrahim. - BERNAMA

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain