suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

City Buat Tawaran Gaji Baru £22 Juta Kepada Mancini

MANCHESTER CITY kini berhasrat untuk meraikan kejuaraan liganya yang pertama dalam tempoh 44 tahun dengan menawarkan kontrak baru kepada Roberto Mancini berjumlah £22 juta, demikian lapor akhbar The Sun UK.

Kontrak baru Mancini selama empat tahun itu bakal menjadikannya sebagai pengurus yang paling tinggi menerima bayaran - setaraf dengan Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Di bawah terma-terma baru itu, City bercadang menaikkan gaji Mancini sebanyak £2 juta setahun — sekaligus menjadikan pendapatan tahunannya sebanyak £5.5 juta setahun.

City boleh meraikan kemenangan pertama sebagai juara liga Ahad ini seandainya mereka berjaya menewaskan kelab yang sedang berjuang untuk terus kekal di Liga Perdana iaitu QPR.

Kali terakhir City menjulang kejuaraan liga ialah pada musim 1967-68.

Mancini, 47, sudah pun merancang untuk memperkukuhkan skuadnya musim depan.

Beliau telah memperolehi lampu hijau daripada pemilik kelab iaitu Sheikh Mansour untuk menawarkan £30 juta kepada Arsenal bagi mendapatkan khidmat Robin van Persie.

van Persie masih enggan menandatangani kontrak baru bersama Arsenal selepas menolak tawaran yang dibentangkan oleh Arsenal.

City juga berada di hadapan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Lille, Eden Hazard, 21, dengan jumlah tawaran perpindahan sebanyak £25 juta.

Manchester United turut bersaing untuk mendapatkan tanda tangan Hazard.

Artikel Berikut

Artikel Lain