suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

19 Atlet Negara Telah Layak Ke Olimpik 2012 - Gan Ping Sieu

KUALA LUMPUR: Seramai 19 atlet negara dari lima jenis sukan telah layak secara merit ke Sukan Olimpik di London Julai ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Gan Ping Sieu.

Beliau berkata mereka terdiri daripada empat atlet memanah, lapan bagi acara akuatik-terjun, seorang atlet untuk masing-masing acara menembak dan lawan pedang, tiga bagi acara berbasikal trek dan dua orang untuk berbasikal lebuh raya.

Bagaimanapun bilangan itu belum mengambil kira sukan badminton yang masih lagi dalam proses kelayakan dan hanya akan diketahui 22 Mei ini, katanya semasa menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini, Khamis.

Gan juga berkata sandaran negara untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik masih diletakkan pada acara badminton, khususnya kepada Datuk Lee Chong Wei. "Walau bagaimanapun, sukan-sukan lain seperti berbasikal, memanah, akuatik-terjun dan menembak juga mempunyai kemampuan dan peluang untuk memenangi pingat berdasarkan prestasi semasa mereka serta beberapa perubahan format pertandingan dalam beberapa jenis sukan," katanya.

Dalam isu lain, Gan berkata buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menyediakan kemudahan sukan khusus bagi kaum wanita seperti kolam renang, gimnasium dan stadium wanita.

"Ini memandangkan kos pembinaan kemudahan ini yang tinggi dan bersifat khusus. "Apa yang sedang dilaksanakan oleh kementerian ialah dengan mengadakan jadual penggunaan khusus untuk wanita pada masa-masa tertentu," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain