suria

Cub Prix: Pelumba Wira Rapatkan Jurang Dengan Pelumba Senior

Kategori Wira bawah 17 tahun Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS membawa impak menakjubkan dan kini mampu merapatkan jurang catatan masa mereka dengan pelumba senior CP115.
Kategori Wira bawah 17 tahun Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS membawa impak menakjubkan dan  kini mampu merapatkan jurang catatan masa mereka dengan pelumba senior CP115.
Kategori Wira bawah 17 tahun Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS membawa impak menakjubkan dan kini mampu merapatkan jurang catatan masa mereka dengan pelumba senior CP115.

PERUBAHAN peraturan teknikal terhadap saiz injap enjin kategori Wira bawah 17 tahun Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS membawa impak menakjubkan apabila pelumba-pelumba Wira kini mampu merapatkan jurang catatan masa mereka dengan pelumba senior CP115.

Saiz injap enjin kategori Wira kini dibenarkan kepada 26mm, hanya 3mm lebih kecil berbanding saiz injap yang digunakan dalam kategori CP115. Pada musim 2011, hanya injap asal pada jentera sahaja digunakan, bermaksud ia mempunyai saiz yang berbeza mengikut pengeluar jentera masing-masing.

Setelah diselaraskan kepada 26mm pada musim 2012 ini, ia telah menghasilkan pengaliran kuasa yang lebih lancar bagi jentera kelas Wira yang lebih rendah dari segi kuasa kuda.

Ditambahkan dengan faktor berat badan pelumba yang lebih ringan serta berat motosikal yang kurang 5kg dari motosikal CP115, ini membolehkan para pelumba membuka pendikit minyak dengan lebih cepat semasa keluar dari selekoh.

Sepanjang tiga pusingan setakat ini, kesan perubahan ini dapat di lihat dengan jelas pada perlumbaan di litar sempit dan pendek yang digunakan di dalam perlumbaan Cub Prix.

Pada Pusingan 3 di Kangar, minggu lepas, catatan terpantas 43.596s kategori Wira milik Mohd Hafiz Nor Azman (Team Mos Track Pro Yamaha Racing)sekadar ketinggalan 0.127s kepada catatan terpantas CP115, 43.469s yang dilakukan oleh Mohd Amirul Ariff Musa (Pachie Yuzy Honda Racing).

Bukan sahaja Hafiz, malah Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang Racing) juga menghampiri catatan pelumba senior apabila turut melakukan catatan sekitar 43 saat dengan catatan terbaik 43.870s.

Menariknya, kedua-dua pelumba yang masih berada di peringkat pendedahan dan baru berusia 16 tahun sahaja.

Pengurus pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing, Pang Yoke You menjelaskan antara sebab lain mengapa pelumba Wira mampu memberikan saingan lebih kompetitif malah sepadan dengan pencapaian kelas lebih tinggi adalah kerana mereka berfikiran lebih terbuka dan sentiasa bersedia untuk belajar perkara baru.

"Semua pelumba kelas ini berusia di bawah 17 tahun, dan ini bermaksud mereka semua masih muda dan senang untuk di beri tunjuk ajar.

"Jika kita menegur kesilapan yang dilakukan ataupun memperbaiki corak tunggangan yang masih lemah, mereka bersedia untuk mencuba kaedah baru ataupun mengikuti cadangan yang diberikan.

"Ini berbeza dengan abang-abang mereka di dalam kategori CP130 ataupun CP115 yang telah mempunyai gaya masing-masing sejak mula menceburkan diri dengan perlumbaan lagi.

"Bukan saya mengatakan pelumba senior tidak mendengar nasihat, cuma mungkin agak sukar untuk mereka mengubah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan dan sudah sebati dengan mereka selama ini," katanya.

YY Pang berkata, jika melihat usia mereka yang masih muda, pelumba Wira ini juga lebih berani ketika di atas litar berbanding pelumba senior yang mungkin telah mengalami pelbagai kemalangan buruk sepanjang karier mereka.

Pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing merupakan antara pasukan yang memberi sepenuh tumpuan terhadap kategori CP115/Novis dan Wira di dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Antara juara-juara yang dilahirkan daripada pasukan ini termasuklah Rosnizam Mohd Noor (Juara Novis 1997), Choo Chuen Hoong (Juara Novis 1999), Irwan Rosli (Juara Yamaha 125Z 1999), Mohd Emir Firdaus Hasan (Juara Wira epg 2007), Zaidy Mohd Zaifaizal (Juara Wira epg 2008), Mohd Azhar Abdul Jalil (Juara Wira epg 2009) dan Mohd Adib Rosley (Juara Wira 2010).

Artikel Lain