Atlet Negara Harus Salur Sumbangan Bantu Yakeb - Rosmah

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyaran agar para atlet negara menyalurkan sumbangan, baik dari segi kewangan mahupun sokongan moral untuk membantu anggota Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Rosmah, yang juga Penaung YAKEB, berkata Raja Bola Datuk Abdul Ghani Minhat, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei, bekas juara bina badan Asia Datuk Abdul Malek Noor, bekas pelari negara Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan bekas Ratu Trek Asia Datuk M. Rajamani adalah antara yang terlibat secara langsung dan tidak langsung membantu anggota YAKEB.

Beliau juga menyambut baik langkah atlet muda negara seperti pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar dan jaguh sukan permotoran negara Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri yang tampil menggerakkan inisiatif untuk membantu YAKEB.

"Saya berasa sangat gembira kerana usaha-usaha atlet veteran serta senior telah memberi contoh yang baik kepada generasi muda.

"Muhammad Nabil umpamanya telah menyatakan komitmen untuk menyalurkan sumbangan sebanyak 10 peratus daripada jumlah penajaan yang beliau peroleh. Usaha murni ini sesungguhnya harus diberi pujian," katanya pada majlis pelancaran kad ahli/kad diskaun YAKEB di Seri Perdana di sini, Selasa. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Rosmah berkata atas dasar kesepakatan ini, terutamanya melalui komitmen pihak pengurusan, sokongan para anggota serta penggemblengan jalinan kerjasama strategik bersama sektor swasta dan kerajaan, YAKEB akan mampu mempertingkatkan prestasinya dari semasa ke semasa.

"Saya juga yakin YAKEB mampu berkembang sebagai sebuah institusi kebajikan yang inovatif dan dinamik di samping berjaya mencapai objektif penubuhannya sebagaimana yang diharapkan," katanya.

Mengenai kad anggota dan kad diskaun yang dilancarkan hari ini, Rosmah berkata usaha tersebut merupakan satu keistimewaan dan pengiktirafan kepada para atlet yang telah berjasa kepada negara, di samping membantu meningkatkan kuasa membeli di kalangan anggota.

Beliau berkata objektif utama pelancaran kad ini adalah untuk membantu anggota YAKEB untuk mendapatkan harga diskaun di premis yang terpilih seperti pasar raya, farmasi, kedai peralatan sukan dan restoran selain diskaun penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam.

"Ini diibaratkan sebagai sumbangan secara terus kepada ahli YAKEB," katanya.

Rosmah turut menyeru lebih banyak syarikat untuk menyertai program kad diskaun YAKEB sebagai satu pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan bekas atlet yang berjaya mengharumkan nama negara. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain