suria

Vettel Raih Petak Pertama Sesi Kelayakan GP Bahrain

Vettel menunjukkan isyarat satu selepas berjaya menguasai perlumbaan kelayakan GP Bahrain, Sabtu.
Vettel menunjukkan isyarat satu selepas berjaya menguasai perlumbaan kelayakan GP Bahrain, Sabtu.
Vettel menunjukkan isyarat satu selepas berjaya menguasai perlumbaan kelayakan GP Bahrain, Sabtu.

PELUMBA Red Bull, Sebastian Vettel kembali menunjukkan taringnya selepas berjaya meraih petak pertama pada pusingan kelayakan Grand Prix Formula Satu Bahrain di Litar Antarabangsa Sakhir, Sabtu.

Vettel menguasai litar selepas mencatat masa 1:32.422, meninggalkan pelumba McLaren, Lewis Hamilton di tempat kedua, manakala Mark Webber (Red Bull) di kedudukan ketiga.

Juara GP China minggu lalu, Nico Rosberg (Mercedes) berada di kedudukan kelima, manakala rakan pasukannya, Michael Schumacher tidak melepasi sesi kelayakan pertama.

Vettel berkata, dia begitu teruja meraih petak pertama untuk perlumbaan esok (Ahad) dan janji kepada pasukannya telah ditunaikan.

"Bukan mudah bagi saya memulakan perlumbaan musim ini kerana pelbagai perkara luar jangkaan berlaku.

"Kami telah bekerja keras ke atas jentera ini untuk mencari kesempurnaan.

"Pasukan juga tidak cukup rehat selepas perlumbaan di China minggu. Namun keputusan ini merupakan satu harapan baru kepada pasukan.

"Jentera beraksi dengan baik sepanjang di sini biarpun saya hampir terkeluar pada pusingan kelayakan pertama, tetapi akhirnya berjaya meraih petak pertama," katanya.

Artikel Lain