suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

City Tawar RM 148 Juta Untuk Dapatkan Khidmat Llorente

MANCHESTER CITY kini dikatakan sedang berunding dengan Athletic Bilbao untuk memperolehi khidmat Fernando Llorente dengan harga perpindahan yang ditawarkan mencecah £30 juta (RM148 juta).

Ejen dari kedua-dua belah pihak difahamkan telah bertemu untuk memuktamadkan harga perpindahan pemain Sepanyol itu.

City dikatakan menawarkan kontrak lima tahun dengan gaji mingguan bernilai £200,000.

Pada musim ini, Llorente telah menarik perhatian kelab-kelab ternama dunia dengan menjaringkan 23 gol.

Bilbao, bersedia untuk melepaskan pemain berusia 27 tahun itu sebelum kontraknya tamat demi untuk mengelak daripada mengalami sebarang kerugian.

Mereka tidak akan memperolehi sebarang wang dari hasil jualan jika pemain itu menjadi pemain bebas tanpa sebarang ikatan kontrak.

Artikel Lain