suria

Wilshere Terpaksa Lupakan Aksi Euro 2012

Wilshere (depan) turut beraksi bersama England pada pusingan kelayakan Euro menentang Switzerland tahun lalu.

PEMAIN tengah England dan Arsenal, Jack Wilshere terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam Kejohanan Euro tahun ini kerana mengalami kecederaan buku lali berterusan.

Pemain berusia 20 tahun itu tidak beraksi bersama kelabnya musim ini dan selepas kekalahan 2-1 kepada Wigan awal pagi Selasa, pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui bahawa Wilshere tidak cukup masa untuk kembali pulih menjelang perlawanan di Poland dan Ukraine bermula Jun ini.

"Wilshere tidak akan bermain musim ini dan juga tidak beraksi untuk kejohanan Euro.

"Proses pemulihannya sangat perlahan dan dia tidak sempat bersedia. Pihak Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) tahu mengenai perkara ini," katanya dalam laman web kelab itu.

Wilshere sebelum ini telah beraksi bersama England sebanyak lima kali sejak tahun 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain