suria

Chelsea Mampu Tewaskan Barcelona: Lampard

Lampard turut menjaringkan gol ketika menentang Spurs awal pagi Isnin.
Lampard turut menjaringkan gol ketika menentang Spurs awal pagi Isnin.
Lampard turut menjaringkan gol ketika menentang Spurs awal pagi Isnin.

PEMAIN tengah Chelsea, Frank Lampard yakin pasukannya mampu menewaskan Barcelona sekiranya mempamerkan aksi seperti menentang Tottenham Hotspur pada separuh akhir Piala FA Inggeris, awal pagi Isnin.

Chelsea bakal bertemu Barcelona pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (CL) Rabu ini di Stamford Bridge.

"Setiap perlawanan bermula 50-50. Barcelona menjadi pasukan pilihan kerana semua pemain mereka berada dalam satu pasukan, tetapi jika kami bermain seperti melawan Spurs dan dua perlawanan sebelum ini, kami ada peluang.

"Kemenangan itu telah memberi keyakinan tinggi kepada kami. Kami perlu memikul tanggungjawab ini. Tidak ada sebab untuk kami berehat kerana perlawanan besar pada Rabu ini.

"Kami juga perlu menghadapai perlawanan CL ini dan semua baki perlawanan liga. Semua pasukan adalah kuat. Mereka antara yang terbaik, tetapi kami tidak boleh takut.

"Kami perlu menewaskan mereka dan saya rasa kami boleh buat," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain