suria

Akademi Bola Sepak Terengganu Sasar Lahir 30 Pemain Terbaik

KUALA TERENGGANU: Akademi Bola Sepak Negeri Terengganu (ABNT) mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 30 pemain terbaik mulai tahun 2015.

Ketua jurulatih ABNT Cik Ku Marzuki Cik Ku Mohd Nor berkata selain untuk pasukan Terengganu, pemain-pemain yang bakal dilahirkan oleh akademi itu juga boleh digunakan negeri-negeri lain.

"Tahun depan ABNT mensasarkan untuk mengeluarkan pemain pertama daripada mereka yang berumur 17 tahun untuk mewakili Terengganu pada pertandingan Piala Presiden dan pada 2015 pelatih ABNT dijangka boleh mewakili Terengganu dalam Liga Super," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Beliau berkata ABNT diwujudkan oleh kerajaan negeri di setiap daerah di negeri ini awal tahun ini dalam usaha untuk meningkatkan mutu bola sepak negeri dan negara.

Cik Ku Marzuki berkata setiap akademi mempunyai 30 pemain berumur antara 15 dan 17 tahun, yang dipilih melalui ujian di seluruh negeri berdasarkan beberapa kriteria ditetapkan.

Pemain terbaik dari akademi daerah akan ditempatkan di akademi pusat yang akan diwujudkan di Kuala Terengganu tidak lama lagi, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain