suria

Sukma XV 2012: Pahang Sasar Empat Pingat

KUANTAN: Skuad boling padang Pahang mensasarkan kutipan empat pingat termasuk dua emas pada Kejohanan Sukan Malaysia XV 2012 Pahang pada Julai ini ekoran prestasi cemerlang pasukan itu dalam beberapa siri latihan sebelum ini.

Presiden Persatuan Boling Padang Pahang, Mohd Shohaimi Jusoh berkata sasaran itu dianggap realistik dan mampu dicapai oleh 12 pemain pasukan yang sudah membuat persiapan rapi menjelang kejohanan itu dari 7 hingga 16 Julai ini.

"Kita menjangkakan kutipan pingat akan disumbangkan menerusi kategori perseorangan wanita dan lelaki acara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis suai kenal bersama pemain Sukma negeri, di sini Sabtu.

Katanya sasaran itu dibuat berdasarkan pencapaian pada siri latihan persahabatan bersama tujuh pasukan negeri di Alor setar, Kedah, baru-baru ini.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain