suria

Holman Bakal Sarung Jersi Aston Villa

PEMAIN sayap Australia, Brett Holman (gambar) bersetuju untuk menyertai Aston Villa selepas kontraknya bersama AZ Alkmaar tamat musim ini.

Holman,27, akan beralih arah beraksi di England selepas sekian lama berada di kelab Belanda.

“Saya bersedia untuk beralih arah ke Liga Perdana Inggeris dan bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh Aston Villa untuk musim panas nanti.

"Villa merupakan sebuah pasukan yang mempunyai nilai tersendiri dalam bola sepak Inggeris, begitu juga dengan penyokong-penyokong kelab itu.

Holman yang telah meraih 53 kap untuk Australia turut dipilih oleh penulis-penulis sukan bola sepak negaranya sebagai Pemain Terbaik Tahun 2011.

“Brett merupakan pemain yang bijak, rakan pasukan yang baik dan seorang pemain yang tahu corak permainan tanpa henti.

"Dia juga mempunyai pengalaman antarabangsa dan turut beraksi dalam Liga Juara-Juara (CL). Sudah pasti pengalaman itu akan dikongsi bersama pasukan Villa,” ujar pengurus Villa, Alex McLeish.

Artikel Lain