suria

Ecclestone Ramal Vettel Kekal Juara Dunia

Ecclestone menjangkakan Vettel akan terus berkuasa pada perlumbaan tahun ini.
Ecclestone menjangkakan Vettel akan terus berkuasa pada perlumbaan tahun ini.
Ecclestone menjangkakan Vettel akan terus berkuasa pada perlumbaan tahun ini.

PEMILIK Formula Satu (F1) Bernie Ecclestone menyifatkan satu kejutan sekiranya tahun ini pemenang keseluruhan perlumbaan tidak menjadi milik Sebastian Vettel.

Ecclestone yang membuat ramalan mengenai juara musim ini di laman web F1 berkata, tidak ada alasan yang mencukupi kenapa Vettel boleh kalah.

“Tekaan saya ialah dia mampu melakukannya lagi. Apa yang boleh menghalangnya? Saya rasa apa jua keadaan akan jadi sebagai kejutan.

“Pada ujian pra-musim sebelum ini telah membuktikan segalanya, Red Bull menunjukkan aksi persaingan sekali lagi dan Sebastian baru berumur 24 tahun.

"Jadi dia masih lagi mempunyai potensi besar untuk meraih gelaran juara. Secara realistik, semua mata akan tertumpu kepada dia.

“Sebastian mempunyai semua pakej, bakat, semangat, keberanian, pemikiran tenang dan dia benci kepada kekalahan. Saya boleh bayangkan dia bakal menewaskan rekod Michael Schumacher,” katanya.

Ecclestone berharap musim ini akan dapat melihat cabaran daripada pelumba lain walaupun sukar untuk tewaskan Sebastian.

“Saya harap McLaren akan lebih laju pada awal perlumbaan berbanding tahun lalu dan mampu memenangi perlumbaan.

"Pun begitu, Mercedes turut dijangka akan memberi saingan, jadi saya akan turut memberi tumpuan kepadanya. Diharap Ferrari juga akan turut bersaing nanti.

“Jika meminta saya membuat pilihan sekarang, sudah pasti akan memilih Sebastian sebagai juara dunia, Mark Webber kedua dan salah seorang lagi pelumba McLaren, Lewis Hamilton di kedudukan ketiga,” jelasnya.

Katanya, dia menaruh kepercayaan kepada Hamilton berdasarkan pencapaian cemerlang pada tahun 2008.

“Lewis mempunyai bakat besar, itu tidak akan berubah. Tahun lalu dia mungkin hilang fokus yang menyebabkan keputusan tidak berpihak kepada dia. Dalam masa sama Jenson Button telah menunjukkan prestasi maksimum dan sebab itulah dia boleh mengatasi Lewis.

“Saya berani berkata bahawa mereka berdua akan menunjukkan prestasi terbaik dan Lewis akan berada di depan Jenson kerana pada akhir perlumbaan dia lebih pantas,” katanya.

Sementara itu, Ecclestone turut memberi komen mengenai Schumacher yang kembali beraksi musim ini.

“Jika jentera dia cukup laju, dia ada peluang. Saya harap ia akan jadi begitu.

"Dia masih lagi terkenal dan kami mempunyai banyak faedah daripada kejayaan Michael Schumacher. Di Amerika Syarikat, dia sangat terkenal,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain