suria

Liga Juara-Juara: Arsenal Tersingkir Dengan Agregat 3-4

Van Persie gagal menggunakan peluang menjaringkan gol ketika menentang Inter Milan di Stadium Emirates, Rabu.
Van Persie gagal menggunakan peluang menjaringkan gol ketika menentang Inter Milan di Stadium Emirates, Rabu.
Van Persie gagal menggunakan peluang menjaringkan gol ketika menentang Inter Milan di Stadium Emirates, Rabu.

BIARPUN pasukan Arsenal berjaya menewaskan Inter Milan 3-0 pada aksi kedua kelompok 16 pasukan perlawanan Liga Juara-Juara (CL) di Stadium Emirates awal pagi Rabu, skuad kendalian Arsene Wenger itu tetap tersingkir dengan agregat 3-4.

Pada aksi pertama sebelum ini, Arsenal tewas 4-0 kepada Inter Milan.

The Gunners tampil garang dihadapan penyokong sendiri dengan gol pertama diperolehi seawal minit ketujuh melalui Koscielny. Gol kedua pula dijaringkan oleh Tomas Rosicky minit ke-25.

Manakala gol ketiga dilakukan oleh Robin van Persie berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-43.

Sementara itu pada babak kedua, kedua pasukan gagal mencari sebarang gol walaupun peluang Arsenal terbuka luas untuk menambah jaringan.

Dengan keputusan itu, Inter Milan sekaligus layak beraksi pada saingan suku akhir dengan agregat 4-3.

“Apa yang penting sekarang ialah keputusan perlawanan. Pasukan Arsenal telah bermain dengan baik pada babak pertama. Kami bernasib baik dan layak ke aksi suku akhir.

“Walaupun kalah, kami tetap gembira dengan kemenangan ini kerana pasukan ini antara kelompok lapan terbaik di Eropah dan ia telah lama tidak berlaku untuk pasukan Milan.

"Saya sedar pasukan ini boleh melakukan yang lebih baik lagi,” jelas jurulatih Milan, Massimiliano Allegri.

Selain itu, Wenger memuji aksi penjaga gol Milan yang telah mempamerkan aksi terbaik.

“Apa yang boleh saya cakap? Keadaan hanya tertumpu kepada Van Persie. Dia gagal menggunakan peluang di depan gol. Kamu perlu memberi pujian kepada Abbiati kerana dia bertindak cepat menyelamatkan bola lantun.

“Pemain perlu bertindak dengan cepat. Jika dia mampu menjaringkan gol, ia sangat bagus, tetapi pujian masih kepada penjaga gol,” kata Wenger mengenai Van Persie yang gagal menyudahkan sepakan ketika di depan gol pada babak pertama.

Senarai pemain:

Arsenal: Szczesny, Sagna, Gibbs, Koscielny, Vermaelen, Song, Rosicky, Walcott, Gervinho, Oxlade-Chamberlain, Van Persie

Milan: Abbiati, Abate, Mexes, Silva, Mesbah, Emanuelson, Van Bommel, Nocerino, Robinho, El Shaarawy, Ibrahimovic

Artikel Sebelum

Artikel Lain