suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Steven Gerrard Cedera Lagi

LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Steven Gerrard kini berhadapan dengan satu lagi kecederaan yang panjang apabila para doktor mendapati buku lalinya yang terdecedera dijangkiti kuman.

Pemain tengah itu dilihat meninggalkan pekarangan hospital di sini dengan menggunakan tongkat dan kaki yang berbalut sehingga ke lutut.

Adalah difahamkan pihak hospital terpaksa menggunakan penyedut untuk mengeluarkan cecair yang terdapat pada buku lali pemain veteran itu.

Tahap kecederaannya itu akan diketahui dalam tempoh 48 jam dari sekarang.

Pemain antarabangsa England itu baru sahaja kembali dari kecederaan setelah tidak bermain selama enam bulan.

Pasukan perubatan kelab Liverpool telah mendapati, buku lali Gerrard telah membengkak sejurus sebelum perlawanan dengan West Brom bermula Sabtu lalu, memaksa mereka menguggurkan namanya dalam senarai kesebelasan utama.

Liverpool menang 2-0 dalam perlawanan itu.

Kecederaan kecil yang berlaku ketika latihan Jumaat lalu telah didapati menjadi punca jangkitan.

Yang pasti, Gerrard tidak akan dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Swansea hujung minggu ini dan perlawanan persahabatan England menentangan Sepanyol dan Sweden.

Kali terakhir Gerrard mewakili England ialah pada November tahun lepas menentang Perancis.

Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish berkata jangkitan yang diperolehi Gerrard itu tidak ada kena mengena dengan kecederaannya sebelum ini.

Gerrard setakat ini hanya bermain lima perlawanan untuk Liverpool tetapi telah kembali dengan penuh bergaya apabila dia menjaringkan gol ketika menentang Manchester United dua minggu lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain