suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Menang Terbuka Perancis

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei meraih kejuaraan Super Series keenam tahun ini selepas memenangi Terbuka Perancis di Stadium Pierre De Coubertin, Paris pada Ahad.

Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan, menewaskan pemain bukan pilihan dari Jepun Kenichi Tago 21-16, 21-11 dalam masa 39 minit.

Beliau sebelum ini bergelar juara di Taiwan, Terbuka Malaysia pada Januari, Terbuka India (April), Grand Prix Emas Terbuka Malaysia (Mei) dan Terbuka Indonesia pada Jun. —BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain