suria

Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di TV1

KUALA LUMPUR: Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.

Siaran langsung di saluran TV1 dari Stadium Shah Alam itu bermula 8.40 malam, menurut kenyataan RTM pada Khamis.

Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini berlangsung di Stadium Shah Alam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain