suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BAM Lantik Jurulatih Korea Selatan Untuk Beregu Utama Negara

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pelantikan Yoo Yong Sung dari Korea Selatan sebagai jurulatih skuad beregu lelaki negara.

Timbalan Presiden BAM Datuk Dr Mohamed Al-Amin Abd Majid berkata Yoo akan bekerjasama dengan jurulatih Pang Cheh Chang bagi menyediakan beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong ke Sukan Olimpik 2012 di London.

"Saya berharap pelantikan ini akan membawa peningkatan bagi skuad negara dalam menghadapi sukan Olimpik tahun depan," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa badan induk itu, Sabtu.

Mohamed Al-Amin berkata Yoo akan mengikat kontrak selama dua tahun bersama BAM termasuk menjalani tempoh percubaan enam bulan.

"Beliau juga akan membantu melatih beregu lelaki junior," katanya.

Yoo merupakan bekas pemain beregu Korea Selatan dari 1990-an hingga 2005.

Beliau dan pasangannya Lee Dong-soo pernah meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2004 di Athens serta dua emas pada Sukan Asia 2002 di Busan.

Sementara itu, Mohamed Al-Amin berkata 18 pemain dipilih untuk menyertai Kejohanan Remaja Dunia di Taiwan pada 26 Okt ini termasuk perseorangan lelaki Zulfadhli Zulkifli dan beregu lelaki Teo Ee Yi dan Nelson Heg. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain