suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Mara Ke Final Kejohanan Grand Prix Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Proton Sirkit Kebangsaan Grand Prix Final hari ini setelah menewaskan pemain pelapis kebangsaan Misbun Ramdan Misbun pada pertandingan separuh akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini malam tadi. Chong Wei, pemain No 1 dunia, dengan mudah menjinakkan anak kepada bekas sifunya Datuk Misbun Sidek, Misbun Ramdan dengan straight set 21-10, 21-14 dalam masa 26 minit.

Hari ini, beliau akan bertemu pemain pelapis elit kebangsaan Goh Soon Huat yang menewaskan rakannya, Chong Wei Feng dengan 13-21, 21-18, 21-14 dalam masa 57 minit pada pertandingan malam ini.

Chong Wei yang ditemui pemberita selepas perlawanan tersebut memuji permainan Misbun Ramdan yang disifatkannya telah meningkat berbanding pemain pelapis yang lain.

"Karakter beliau sama seperti ayahnya Datuk Misbun Sidek iaitu mempunyai sikap yang baik kerana tidak pernah ponteng latihan dan saya percaya beliau akan diserapkan ke dalam skuad elit kebangsaan pada suatu hari nanti," katanya.

Sementara itu jurulatih perseorangan lelaki negara, Tey Seu Bock memuji persembahan Chong Wei.

Beliau berkata Chong Wei akan menyertai dua kejohanan Super Series iaitu Terbuka Denmark pada Selasa depan hingga 23 Okt dan Terbuka Perancis dari 25 hingga 30 Okt.

"Untuk kedua-dua kejohanan, saya tidak mahu meletakkan sasaran peribadi kepada Chong Wei kerana yang penting bagi saya, dia dapat bangkit ke prestasi asal," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Malaysia Tewaskan Nepal 2-0

Artikel Berikut

Artikel Lain