suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerrard Sedia Bertemu Man United

Gerrard akan kembali beraksi selepas berehat enam minggu.
Gerrard akan kembali beraksi selepas berehat enam minggu.
Gerrard akan kembali beraksi selepas berehat enam minggu.

KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard (gambar) bakal berada dalam kesebelasan barisan utama pasukan menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United, Sabtu ini.

Gerrard tidak beraksi bersama The Reds selepas pasukannya itu menang ke atas United 3-1 pada Mac lalu. Pemain tengah England ini mengalami kecederaan groin yang memerlukan pembedahah sekali gus menyebabkan dia direhatkan selama enam minggu.

Pengurus pasukan, Kenny Dalglish yakin Gerrard akan kembali setelah tiga kali berada di bangku simpanan sejak memulakan aksi pertama menentang Brigton pada Piala Carling tiga minggu lalu.

Liverpool kini berada di tangga kelima kedudukan EPL dan Dalglish percaya Gerrard mampu memberi perubahan kepada pasukan selepas ini.

“Kekuatan yang ada pada Gerrard tidak boleh dipertikaikan. Jika kamu memilikinya, dia mampu membawa pasukan ke profil yang lebih tinggi.

“Kami hanya mahu pasukan yang kuat, dan dia antara salah seorang daripada skuad ini,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain