Safee Sali Akhiri Latihan Di Cardiff City - Sukan | mStar

Safee Sali Akhiri Latihan Di Cardiff City

CARDIFF CITY: Penyerang kebangsaan Safee Sali akan pulang ke Malaysia esok selepas menjalani latihan dua minggu dengan kelab bola sepak Cardiff City di bawah kendalian pengurus Malky Mackay.

Harapan pemain berusia 27 tahun itu adalah agar dapat diterima sebagai pemain kelab dari Wales itu yang bersaing dalam liga Inggeris.

Safee, yang kini bermain untuk kelab Indonesia, Pelita Jaya, berkata tempo permainan di England lebih pantas.

Penyertaan beliau dalam latihan dengan Cardiff City mendapat liputan meluas akhbar tempatan, malahan beberapa penyokong kelab itu turut mendapatkan autograf beliau semalam ketika pasukan itu menentang Leicester City. Beliau tidak bermain dalam permainan itu.

"Selepas menyertai pasukan simpanan dan juga pasukan utama dalam latihan, saya dapati permainan di sini lebih pantas. Ia di tahap berbeza," katanya ketika ditemui di Stadium Cardiff City.

Safee, yang berasal dari Selangor, menyifatkan latihan yang dijalaninya sebagai berjaya dan beliau diterima dengan baik oleh pemain-pemain Cardiff City. "Walaupun hanya dua minggu, saya banyak belajar. InsyaAllah, saya harap dapat kembali untuk bermain bagi pasukan ini di masa depan," katanya.

Perlawanan Cardiff City dengan Leicester City itu turut disaksikan Pesuruhaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Zakaria Sulong dan isteri, yang menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diraikan oleh kelab berkenaan.

Safee, yang sebelum ini dianggap oleh pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock sebagai "David Beckham Malaysia" akan bermain untuk pasukan negara menentang Australia di Sydney pada 7 Oktober ini.

Ini merupakan perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan itu dalam tempoh 20 tahun. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Pesilat Orang Asli Permata Baru Negara

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain