suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Bekas Bintang EPL Mantapkan Skuad Selangor

KUALA LUMPUR: Pasukan pilihan Selangor akan diperkuatkan dengan dua bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) pada perlawanan bola sepak menentang pilihan Singapura pada edisi ke-10 Piala Sultan Selangor pada 1 Oktober ini.

Pengerusi jawatankuasa penganjur Datuk Abdul Karim Munisar berkata dua pemain tengah EPL tersebut ialah bekas pemain Manchester United, Jesper Blomqvist dan bekas pemain kelab Liverpool, Jason McAteer. "Saya harap kehadiran dua bekas pemain kelab terkenal England itu dapat menarik lebih ramai penonton dan peminat kelab Inggeris itu menyaksikan perlawanan tahunan itu di Stadium Shah Alam," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Blomqvist, yang kini menjadi jurulatih sebuah kelab di Sweden, dijangka tiba di Malaysia Khamis depan manakala McAteer, yang bermain sambilan di England, akan tiba pada hari berikutnya.

Abdul Karim berkata sejumlah 15,000 tiket telah dijual setakat ini bagi perlawanan tersebut sempena ulang tahun ke-10 pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain