suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faizal Janji Pamer Aksi Terbaik Untuk Terengganu

KUALA TERENGGANU: Faizal Mohamad, pemain Harimau Muda yang dipinjam oleh Terengganu bagi mengharungi kempen Piala Malaysia berjanji akan mempersembahan aksi terbaiknya.

Pemain pertahanan ini bekata pengalamannya sepanjang beraksi dengan Harimau Muda akan digunakan untuk membantu Terengganu.

"Saya terharu diberi peluang untuk bermain dengan pasukan negeri kelahiran saya sendiri dan berjanji tidak akan menghampakan penyokong skuad Penyu," kata anak kelahiran Sentol Patah, Marang ini.

Faizal turut membantu skuad kebangsaan muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 yang lalu.

Sementara itu Penolong Pengurus Jurulatih Bolasepak Terengganu, Shaikh Ahmad Tajuddin Shaikh Yusoff berkata Terengganu turut mengintai peluang untuk menambah satu lagi koleksi kejuaraan setelah berjaya menjulang Piala FA pada Jun lalu.

Katanya dengan kehadiran Faizal, diharap mampu menambah kekuatan jentera pertahanan Terengganu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain